Antara cinta dan persahabatan

Assalamualaikum ...
Okey hari ni kakleng nak cerita pasal that title .Baca title tu cepat !Da baca ? okey mari kita mula bercerita ~

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN ..
Cinta ini mempunyai banyak sangat maksudnya , korang semua boleh google maksud cinta .Well , semua sekarang budak IT kan ? benda hanya dihujung jari .Tapi paling kakleng suka maksud cinta ini adalah persahabatan dan kekeluargaan .Persahabatan pula , seseorang yang selain dari keluarga yang sentiasa bersama dengan kita diwaktu senang dan susah .

Entry ni ditulis mestilah ada kaitan dengan kehidupan kakleng kan ? haha.Yes , memang ada .Satu hari itu kakleng kenal dengan seorang lelaki .Lelaki ni kawan kepada kawan kakleng .Dia dapat nombor pun dari dia.Mula-mula dengar dia bagi nombor dekat lelaki tu memang marah tahap dewa .*err.Tapi kakleng layan juga lah kawan dia ni , nanti dia cakap kakleng sombong kan ?*NEVER.Jadi as time pass by ,kitaorang jadi kawan rapat ..selalu je texting dia dan kredit pun selalu habis.*masa tu tiada whatsapp.

Jadi satu malam tu , dia text kakleng ..and he confess dekat kakleng. I was like ...ada juga minat dengan kakleng ni,haha.*dulu tak cantik sangat.Mulut kakleng jadi numb ,fikiran pun melayang tak tahu pergi mana.Dia bagi kakleng masa untuk berfikir.

Berfikir berfikir berfikir~
Jadi kakleng fikir lebih baik kitorang kawan sahaja .Dia ada ciri ciri lelaki idaman malaya ; baik , handsome la juga ,pandai ,selalu jaga perasaan orang..sebab apa kakleng choose kawan je ? hmm sebabnya~
Jika kitorang couple ,  kita tak tahu kita akan berkekalan hingga jenjang pelamin kan ? kalau sampai ,Alhamdullilah ,jodoh kuat. Masa bercinta mesti ada gaduh ,dengan hal cemburu lah , itulah,inilah.
haihh,sangat kusut..*hidup bagai dikawal.Jadi apabila masanya kitorang putus , mungkin kitorang akan bermusuh , fitnah pun akan timbul ,banyak pihak tidak puas hati dan macam-macam lagi.Kakleng benci kalau benda ni semua terjadi dekat kitorang.Jadi kakleng pilih persahabatan daripada cinta.Demi menjaga hati semua orang .Kemudian kakleng cakap dekat dia ,kalau ada jodoh tak ke mana..


Jadi kami pun berkawan seperti biasa . Lagipun umur kakleng masih muda .Malas nak layan bab cinta ni.And if kakleng get involve with this whole couple thing , kakleng akan ingat sampai bila -bila nasihat kawan kakleng , iaitu 'Dalam cinta jangan terburu-buru membuat keputusan dan jangan tangkap muat je'.haha , i will remember that my friends...
Until now , me and him masih lagi keep in touch dan sangat rapat .Alhamdullilah...
Itulah jelah cerita malam ni .okay, kita jumpa di next entry okey ?















KESILAPAN ..

 Assalamualaikum ...
Rasanya dah lama ta update blog ni ,i think this is my first post after 2 years i leave the blogger world.Busy kata kau .Haha. Yeah kakleng memang sibuk tahun sebelum ni sebab big exam iaitu Spm .Tapi kakleng nak share sikit tentang kehidupan kakleng sebelum ni .*cewah.Masa tahun 2012 baru je lepas PMR and alhamdullilah dapat 7A1B .Lepas tu kakleng masuk science stream .Ada ura-ura mengatakan science stream ni untuk budak-budak pandai je,masa mula-mula dengar macam tak percaya juga la kan ? Jadi kakleng dikategori pandai la ye kata kau .*bajet sikit masa tu.haha.

Jadi masa 2012 tu kakleng ambil 9 subjek iaitu 5 subjek teras(BM,BI,MA,SJ,AG) dan 4 subjek science stream(BIO,KI,FI,MT) .Masa form 4 ni kakleng dengan kawan kawan tak belajar betul-betul .Belajar ta serius langsung ,haha.Sebab kakleng fikir baru lepas PMR mestilah nak rehat and BERHONEYMOON kan ?haha.Jadi sepanjang 2012 tu kakleng tak pernah dapat keputusan cemerlang ,sangat hancur lagi-lagi matematik tambahan .*die.As the day pas by ,kitorang pun tamat form 4.Jadi tibanya tahun 2013 ,SPM !*bunyi guruh

Dan 2013 pun tiba dengan cepatnya dan Spm pun makin menghampiri..
Jadi masa awal tahun 2013 tu ,kakleng masih main-main juga .*jangan tiru aksi ini.Sampai pada satu hari tu ,seorang angel pindah ke sekolah kami .Kakleng dengan dia memang kawan sebab dulu pun dia sekolah sama dengan kakleng tapi masa form 2 dia pindah.*sad.Jadi satu hari tu masa Fizik dengan cikgu Sabariah ,dia cakap "budak baru 5sc1 tu dapat 9a's masa year end exam masa form 4 , Fizik dia dapat A-" .Okay ,bila dengar cikgu cakap ,macam tu ,feel like my jaws dropped. WHAT ? A- ? Memang kakleng admit dia ni memang superb otak dia .haha.And at that moment ,kakleng tekad nak berubah.~.Kakleng mula fokus dalam kelas ,selalu baca buku sampai pagi and cover semua tajuk yang kakleng tak faham..Result exam pun tak seteruk macam form 4 ,jadi kakleng dah ada keyakinan sikit lah nak dapat straight A's in SPM.*huhu
Jadi sampai lah hari SPM .DUPDAPDUPDAP..seriously takut nak masuk dewan peperiksaan tu.Jadi satu demi satu kertas kakleng jawab and semasa kakleng jawab jawapan tu, kakleng yakin memang tu lah jawapannya lagi-lagi kertas chemistry and pyhsic but the others tak yakin sangat tu jawapannya.Dan pada 27/11/2013 tamat sudah kakleng sebagai seorang pelajar di SMK(P) SULTAN ABU BAKAR.

Masa berlalu sangat pantas macam air yang mengalir ~*cewah
Pada 20/3/2014 *bunyi guruh
Result SPM keluar , semua orang takut and shaking too much.Kakleng pun takut tapi tak teruk sangat sebab kakleng fikir kakleng dah usaha mestilah dapat keputusan yang baik.*confidence level dia kemain lagi.Masa hari itu seorang demi seorang dipanggil ke atas pentas untuk ambil slip SPM bagi yang mendapat keputusan yang lurus .lepas itu cikgu cakap "nama yang tidak dipanggil pergi ke guru kelas kamu di belakang',jadi memang kakleng tak dapat straight A's la kan , masa tu ada sikit kekecewaan dekat muka mummy kakleng.HMM...Jadi kakleng beratur nak ambil slip and I almost collapse dekat situ.. Kakleng ta expect pun dapat result tu....
Kakleng dapat 4A3B+2B,once kakleng dapat slip tu , kakleng nangis gila-gila kat situ sebab sedih tak dapat apa yang mummy harapkan . Dan dengan tenangnya mummy cakap "okeyla tu kak , ada juga A , anak mak pandai juga sebab ada A'.Lagi kuat kakleng melalak kat situ.*tak tahu malu.After that , semua saudara mara , kawan , family semua ucap tahniah and diorang cakap result kakleng tak teruk sangat .Hmm, i'm so glad i have them..thank you

So , kakleng nak nasihat sikit ni.Bagi adik -adik yang baru lepas PMR janganlah fikir form 4 tu tahun honeymoon macam yang kakleng buat , u should workhard from the bottom .SPM ta semudah PMR ,disebabkan kakleng mindset macam tu jadi macam ni.Jadi adik-adik belajar lah sunguh-sungguh ye ?
Kita jumpa di next post okay ?love you..